Mengapa Allah membenarkan syaitan menggoda manusia?

Wednesday, June 22, 2011

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

Kali ini ana akan bercakap mengenai MUSUH manusia,iaitu SYAITAN.

Salah seorang sahabat ana ada berkongsi ilmu dgn ana mengenai tajuk di atas yg diperolehi drp liqa' antara naqibah atau naib naqibah usrah dgn kakak2 liqa'.Sahabat ana bertanya kepada ana ''Mengapa Allah membenarkan syaitan menggoda manusia?'' Ana hanya menggeleng tanda tidak tahu.

Sahabat ana memberikan jawapan dengan analogi begini:

Ada seorang budak lelaki yg kuat dan sihat.Jirannya mempunyai seorang anak lelaki yg lemah dan berpenyakit.Suatu hari,anak jirannya itu mengugut dgn mengatakan ''Aku akan pukul kau.''
Budak lelaki itu tidak percaya lalu dia berkata ''Bagaimana kau ingin memukul aku sedangkan kau begitu lemah.''Namun,anak jirannya itu tetap mengugut.Budak lelaki itu tidak percaya dan menganggap dirinya mampu melawan anak jirannya kerana dia lebih kuat berbanding anak jiran itu.

Daripada analogi di atas,sahabat ana mengatakan itulah perbezaan manusia dan syaitan.

Allah membenarkan syaitan menggoda manusia kerana tipu daya syaitan amat lemah.Manusia cukup kuat dan sepatutnya manusia dapat melawan godaan syaitan serta tidak mudah terpedaya dgn helahnya.

Allah berfirman dlm surah an-Nisa' ayat 76, mafhumnya:

''Orang-orang yang beriman,mereka berperang di jalan Allah,dan orang-orang yang kafir berperang di jalan taghut,maka perangilah kawan-kawan syaitan itu,(kerana) sesungguhnya tipu daya syaitan itu lemah.''

Kesimpulannya,Allah membenarkan syaitan menggoda kita tidak bermakna Allah tidak menyayangi kita.Allah tahu kita mampu menahan diri daripada terpedaya dgn tipu helah syaitan.

p/s: renungan utk diri sendiri juga..=)

Hukum wanita menyanyi dan bernasyid di hadapan lelaki.

Saturday, June 18, 2011


Soalan:

Assalamualaikum,
usatazah,saya ingin bertanya tentang hukum wanita Islam menyanyi dan bernasyid di dalam majlis yg dihadiri oleh pendengar lelaki.Begitu juga jika wanita itu membuat rakaman lagu dan didengari oleh penggemar lelaki.
Harap dapat dijelaskan hukumnya.


JAWAPAN - Oleh Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad








Menjadi lumrah manusia memiliki jiwa seni yang sangat meminati muzik dan nyanyian sebagai satu media untuk menghiburkan hati ,melepaskan lelah bahkan menghilangkan tekanan jiwa.

Lebih-lebih lagi muda mudi juga amat meminati muzik dan lagu. Walau bagaimanapun, akhir-akhir ini ,atas kesedaran Islam muda-mudi Islam mengalihkan minat itu kepada dendangan lagu-lagu nasyid yang liriknya membawa kepada kebaikan dan kesedaran agama.

Tidak dapat dinafikan, banyak juga nasyid-nasyid ini yang dilihat menyimpang dari landasan asal lalu sifat komersialnya melebihi nasihatnya. Liriknya yang asalnya membawa kepada nasihat agama mulai bertukar kepada puja-puji wanita dan kekasih. Bezanya dengan lagu pop rock, biasa hanyalah kerana ia diadun sedikit dengan menyebut nama-nama Allah sekali sekala, kalimah Islam atau apa-apa elemen Islam.

Untuk menjawab persoalan ini kita perlu meneliti persoalan pokok yang menjadi asas perbincangan ulama’ iaitu persoalan hukum suara wanita, adakah aurat atau tidak aurat.

Sebenarnya suara wanita kalau mengikut Ulama’ Muktabar termasuk Al Imam An Nawawi, ianya tidak aurat.

Maksudnya di sini kebanyakan ulama’ mengatakan suara wanita dalam percakapan biasa dihadapan lelaki bukan mahramnya tidaklah aurat. Namun begitu, ada juga yang menyatakan aurat .

Yang menjadi persoalannya di sini ialah suara wanita yang dilunak-lunakkan seperti dalam nyanyian,nasyid atau percakapan yang dilunakkan, adakah ia aurat atau bukan aurat, harus atau haram.

Di sana terdapat dua pendapat ulama’.

Pendapat pertama dari Imam Al Suddi, Ibnu Manzur, Ibnu Athir mengatakan ianya adalah aurat,yaitu apabila wanita menggunakan suara untuk menyanyi,bernasyid atau melunakkannya dihadapan lelaki bukan mahramnya.

Dalil mereka adalah berdasarkan firman Allah SWT yang memberi amaran kepada kita tentang suara wanita(bermaksud)

“Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melunakkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik (kandungan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32)

Para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan diperdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini ( Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; )

Imam As-Suddi berkata : Ini bermaksud kaum wanita tidak boleh melunakkan suaranya (lembut dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki.

Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat (Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177)

Yang dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan. Ianya adalah diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki secara Ijma' selama-lamanya. ( An-Nihayah, Ibn Athir, 42/2 ; Lisan al-Arab, Ibn Manzur , 73/8 ; Hasiyah At-Tohawi ; 1/161)

Berdasarkan dalil ayat serta pendapat ualama yang dikemukakan ini, apa yang boleh saya fahami adalah nyanyian wanita juga tergolong dalam bab yang diharamkan oleh Islam apabila ia diperdengarkan kepada lelaki yang bukan mahram. Adapun jika ia dinyanyikan oleh kanak-kanak perempuan yang belum baligh atau ia dinyanyikan khas untuk para wanita,ia adalah dibenarkan.
Maka kumpulan penyanyi wanita hari ini termasuk di dalam kumpulan yang diharamkan Allah. Malah bukan sekadar ‘illah(alasan) suara sahaja yang boleh menjadikan mereka tercebur dalam perkara haram, malah pakaian dan pergerakkan mereka di khalayak awam juga.
Kebiasaannya apabila persembahan di buat, mereka kerap bersolek-solekan dengan pakaian yang canggih,ketat dan tudung juga tidak menutup dadanya dgn baik.

Di samping itu, duduk pula di atas pentas menjadi tontotan lelaki, jika para ulama semasa menghukumkan haramnya bersanding pengantin di atas pentas dalam keadaan senyap tanpa berkata-kata,apatah lagi penyanyi atau penasyid wanita yang bersolek adakala seperti pengantin ini dan melentuk-lentuk tubuh dan suaranya di hadapan lelaki bukan mahram, sudah tentu haramnya lebih besar. Dengan pakaian yang menjolok mata ditambah ketat, perkara ini menjadi suatu fitnah kepada umat Islam.

Selain itu juga, hukum memberi sokongan dan menaja penyanyi wanita adalah haram malah dilaknat Allah dan Rasulullah saw. Ini berdasarkan kepada sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi: “Laknatlah penyanyi perempuan dan kepada siapa mereka perdengarkan nyanyian (pendengar)”.

Rasulullah juga menyatakan bahawa petanda kepada kiamat adalah berleluasanya penyanyi dan penari wanita yang tidak mempunyai perasan malu dan aib kepada lelaki.

Pendapat yang kedua pula mengatakan harus .

Ini adalah pandangan Dr. Yusuf Al Qardhawi dan Dr. Abdul Karim Zaidan di mana mereka berdua menyatakan harus wanita menyanyi di khalayak ramai asalkan mereka menjaga adab-adab iaitu menutup aurat dan tidak menggerakkan badan yang boleh mendatangkan fitnah.
Hujah mereka ialah Nabi saw pernah membiarkan hamba wanita menyanyi sedangkan pada masa itu Abu Bakar r.a menegur Aisyah dengan berkata, suara syaitan apa ini? Namun Nabi SAW membiarkan sahaja Aisyah menonton persembahan itu tanpa melarangnya. Ini menunjukkan Nabi SAW membenarkan wanita menyanyi dikhalayak lelaki.

Saya memetik pandangan seorang ulama’:

”Dalam konteks dakwah, ada ulama’ yang berpandangan tidak salahnya kalau dibenarkan wanita menyanyi di khalayak ramai.Kerana dibimbangi sekiranya kita terlalu ‘ketat’ dalam masalah begini maka ia akan merugikan Islam dan dakwah Islam sekaligus menjadikan Islam kelihatan bukan satu Ad Din yang meraikan naluri manusia dengan memandu naluri manusia mengikut acuan Islam.
Naluri manusia terutama anak muda ialah mereka mahukan hiburan. Jadi kita kena kemukakan bentuk hiburan mengikut acuan Islam. Jangan kita asyik bantah dan sekat program hiburan.
Kita hendaklah memandu bukannya menghukum. Kita kena bawa Islam kepada masyarakat mengikut kemampuan mereka dengan mengambil kira kelemahan umat di akhir zaman ini”.

Demikian pendapat seorang ulama’ kita.

Namun,apa yang penting hendaklah dijaga beberapa syarat , pertama mereka mesti menjaga adab-adab iaitu menutup aurat. Kedua tidak menggerakkan badan yang boleh mendatangkan fitnah. Ketiga tidak bersolek dan berpakaian sempurna seperti yang dituntut ke atas wanita muslimah.

Selain itu hendaklah dipastikan suasana majlis tiada percampuran antara lelaki dan perempuan bukan mahram.

Dan atas nama dakwah juga majlis/pertunjukan itu hendaklah digunakan untuk berdakwah kepada golongan yang hanya pergi majlis hiburan sahaja,tidak pergi masjid, surau dan majlis ilmu untuk mengaji ilmu agama, dengan menyelitkan sedikit tazkirah dan zikir kepada Allah dengan menyatakan kelebihan-kelebihannya kepada mereka . Peluang ini perlu digunakan sebaik mungkin untuk memberi kefahaman kepada mereka tentang Islam yang syumul. Dengan harapan mudah-mudahan akan terbuka hati mereka untuk mendekati Islam,mengkaji dan seterusnya menjadi orang soleh dan solehah serta meninggalkan maksiat pada satu hari nanti.

Demikianlah perbahasan kita dalam persoalan yang dikemukan.

Kesimpulannya ada 2 pendapat ulama’ tentang wanita yang menyanyikan atau bernasyid dikhalayak ramai. Satu pendapat mengatakan ia adalah suatu perkara haram . Manakala, pihak yang terlibat juga mendapat saham dosa.

Sementara ada pendapat ulama’ yang mengatakan ianya harus dengan memberi syarat2 yang ketat dalam pelaksanaannya dan hendaklah dipastikan ianya atas tujuan dakwah bukan dgn tujuan hiburan semata2.

Jadi kita boleh memilih mana satu pendapat yang kita suka, dengan melihat kepada kepentingan atau keadaan tertentu, tapi kena tanyalah pada iman kita jangan tanya pada selera kita.

WALLAHU A’LAM

Ust.Shahidah Sheikh Ahmad








Blogger itu Pendakwah | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Wednesday, June 15, 2011

Blogger itu Pendakwah | iluvislam.com + discover the beauty of islam


p/s: InsyaAllah,ana akan cuba menjadikan blog ana sbg medan dakwah & tempat berkongsi ilmu. Segala catatan yg ditulis bukan sahaja utk dibaca dan direnungkan oleh org lain,bahkan utk diri ana juga.Semoga usaha dan niat murni ana diredhai dan diberkati Allah.
''Ya Allah,aku menulis kerana-Mu.''

مرحبا، رجب

Monday, June 13, 2011

Dengan nama Allah yg Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi kerana diri ini masih lagi bernafas dengan izin-Nya.

Alhamdulillah,sudah beberapa hari kita berada dlm bulan rejab.Di kesempatan ini,ana ingin mengajak muslimin dan muslimat(termasuk diri sendiri..^_^) agar memperbanyakkan amaln2 sunat sama ada puasa sunat,qiamullail,baca Al-Quran dll.

Semua umat Islam sudah mengetahui sejarah apa yg tersirat dlm bulan rejab ini.Dalam bulan rejab ini telah berlaku satu peristiwa yg besar dan merupakan mukjizat Nabi junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW iaitu Israk Mikraj.

Peristiwa Israk Mikraj ini telah lama kita ketahui dan pelajari sejak dari sekolah rendah lagi...Daripada peristiwa ini,kita dpt mmpelajari realiti kehidupan di akhirat dengan balasan azab dan nikmat yg akan diperolehi oleh seseorang mengikut apa amalannya.
Peristiwa Israk Mikraj ini juga sebagai bukti kenabian Nabi Muhammmad SAW.

Akhir kalam,marilah kita bersama-sama mempertingkatkan dan memperbanyakkan ibadah sunat.Semoga diri kita akan lebih dekat dgn Allah dgn melakukan amalan sunat.

Abu Hurairah berkata rasulullah SAW bersabda yg bermaksud:''Sesungguhnya Rejab bulan Allah dan Syaaban itu bulanku,manakala Ramadhan itu bulan umatku.''
(HR Imam Bukhari dan Muslim)

CIRI-CIRI 10 WANITA SOLEHAH

Friday, May 20, 2011


  1. Gadis paling cantik dan menawan.Walaupun tak jelita,tapi raut wajahnya tenang dan manis.Pada wajahnya tiada kejahatan.
  2. Hatinya bersih menyebabkan cahaya keimanan memancar-mancar di mukanya.
  3. Bersih fizikalnya kerana sentiasa menjaga kebersihan dirinya
  4. Gadis yang taat beribadah
  5. Emosi wanita solehah ialah perasaan kasih sayang dan cinta yg dipendamkan istimewa utk suaminya yg telah ditakdirkan hidup bersamanya.
  6. Mental wanita solehah penuh dengan perkara positif.
  7. Menganggap hidup sebagai satu nikmat yg terbesar yg membolehkan dia beribadah dengan tenang dan tulus kerana Allah.
  8. Bertudung utk menutup bentuk dadanya dan pakaiannya ialah baju kurung atau baju labuh yang longgar utk tidak menampakkan susuk tubuhnya.
  9. Apabila berjalan ke luar rumah,dia sentiasa bertemankan muhrimnya.
  10. Berjalan tidak berlenggok atau hendak menunjuk-nunjuk.
sumber:http://wazie-purplebizz

Tabloid ILUVISLAM

p/s:pesanan utk diri sendiri juga..^_^

Tohmahan vs Keistimewaan Terhadap Wanita dlm Islam

Thursday, November 18, 2010

1.Aurat
-tohmahan:wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih byk) dibanding dgn lelaki.

-Keistimewaan:benda yg mahal harganya akan dijaga & dibelai serta disimpan di tempat yg teraman dan terbaik.Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak bukan?Itulah bandigannya dgn seorang wanita dlm Islam.


2.Ketaatan
-tohmahan:leceh jadi wanita dlm Islam sebab hendak keluar kena dptkan izin suami.

-Keistimewaan:wanita perlu taat kpd suami,ttpi tahukah lelaki wajib taat kpd ibunya 3 kali lebih utama drpd kpd ayahnya.



3.Harta warisan

-tohmahan:wanita menerima warisan lebih sedikit drpd lelaki.

-Keistimewaan:wanita menerima warisan lebih sedikit drpd lelaki,tetapi tahukah harta itu menjadi milik peribadinya & tidak perlu diserahkan kpd suaminya.Sementara apabila lelaki menerima warisan,ia perlu atau wajib menggunakan hartanaya untuk isteri & anak2.



4.Kesusahan melahirkan anak

-tohmahan:wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung & melahirkan anak.

-Keistimewaan:wanita perlu bersusah payah mengandung & melahirkan anak,tetapi tahukah bahawa setiap saat dia doakan oleh sgla makhluk, malaikat & seluruh makhluk Allah di muka bumi ini,dan tahukah jika ia mati kerana melahirkan anak adalah syahid dan syurga menantinya.


5.Kewajipan beribadat

-tohmahan:wanita kurang dlm beribadat kerana adanya masalah haid & nifas yg tak ada pada lelaki.

-Keistimewaan:seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah,sementara bagi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kpd Allah,maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Maksiat Anggota Badan

Maksiat mata:
Adalah melihat apa yg diharamkan Allah seperti melihat aurat perempuan yg bukan muhrimnya.

Maksiat telinga:
Adalah mendengarkan apa yg diharamkan Allah seperti mendengarkan ucapan2 yg tidak benar.

Maksiat lidah:
Adalah mengucap atau membicarakan sesuatu yg dilarang Allah seperti berbohong,mengadu domba,sombong,sumpah palsu,janji dusta,menuduh zina,saksi palsu & menghina org.

Maksiat tangan:
Adalah seperti memukul dgn jalan yg tidak hak,membunuh,bersalaman dgn musuh2 Allah,menulis sesuatu yg tidak boleh ditulis,menyebarkan kebatilan & kemaksiatan.

Maksiat kaki:
Adalah seperti berjalan ke tempat maksiat.

Maksiat kemaluan:
Adalah seperti melakukan zina,liwat,menggauli isterinya ketika sdg haid.

Maksiat perut:
Adalah seperti memakan atau meminum apa yg telah diharamkan Allah seperti makin khinzir,minum arak,merokok,makan harta dgn jalan yg haram atau memakan harta yg dihasilkan dr riba,menjual produk yg haram,rasuah & makan harta org dgn jalan yg haram.