10 Nasihat Ibnu Qayyim Agar Sabar Menjauhi Maksiat

Wednesday, November 17, 2010

  1. Hendaklah menyedari betapa buruk,hina dan rendahnya perbuatan maksiat.Memahami dan menyedari bahawa Allah mengharamkannya serta melarangnya dlm rangka menjaga hamba drpd terjerumus ke dlam perkara2 yg keji dan hina.
  2. Berasa malu kpd Allah krn sesungguhnya apabila seorang hamba menyedari pandangan Allah yg selalu mengawasi dirinya dan menyedari betapa tinggi kedudukan Allah di matanya.Apabila dia menyedari bahawa perbuatannya dilihat dan didengar Allah tentu sahaja dia akan merasa malu apabila dia melakukan perkara2 yg mendatangkan murka Allah
  3. Sentiasa mnjaga nikmat Allah yg dilimpahkan kpd kita & mengingat sifat Pengasih-Nya kpd kita.Barangsiapa yg tidak b'syukur dgn nikmat yg diberikan Allah kpdnya,maka dia akan diseksa dgn nikmat itu sendiri.
  4. Berasa takut kpd Allah & khuatir seandainya tertimpa hukuman-Nya.
  5. Mencintai Allah.Seorang kekasih tentu akan mentaati segala kehendak yg disayanginya.Sesungguhnya maksiat itu muncul akibat lemahnya rasa cinta.
  6. Menjaga kemuliaan & kesucian diri serta memelihara kehormatan & kebaikannya.
  7. Memiliki kekuatan ilmu tntg betapa buruknya kesan perbuatan maksiat serta hinanya akibat yg timbul drpdnya.Ia terutama hati yg akan menyebabkan kemuraman wajah,kegelapan hati,sempitnya hati & gundah gulana yg menyelimuti diri.Dosa hanya akan membuatkan hati mnjadi mati.
  8. Menghapuskan angan2 yg tidak berguna.Hendaklah setiap individu menginsafi bahawa mereka tidak akan tinggal selamanya di dunia.Segala dosanya yg dilakukan sebenarnya hanya membahayakan dirinya & sama sekali tidak akan memberikan manfaat apa2.
  9. Hendaknya mnjauhi sikap berlebihan dlm hal makan,minum & berpakaian.Sesungguhnya,besarnya dorongan utk berbuat maksiat hanyalah muncul drpd sikap berlebihan dlm perkara2 b'kenaan.
  10. Memiliki iman yg mantap & dlm hati seseorang individu.Kesabaran seorang hamba utk menahan diri dr perbuatan maksiat itu sgt b'gantung dgn kekuatan imannya.

0 ulasan: