C+I+N+T+A=CINTA????

Tuesday, November 9, 2010

C.I.N.T.A. Perkataan ini memang tidak asing lagi dlm hidup kita.Sentiasa tercatat dlm kamus hidup kita.Tidak terpadam dan tak kan pernah terpadam.
Indahnya dunia ini tatkala dipenuhi dgn cinta.Seluruh isi dunia saling menyayangi.Antara manusia dan manusia. Antara manusia dan haiwan juga ada perasaan sayang.Amannya dunia ini apabila dihiasi kasih sayang dn tiada rasa benci.
Cuba bayangkn andainya dunia ini dipenuhi rasa benci dn dendam,apakah yg akn t'jadi?Sudah tentu t'jadinya permusuhan dn peperangan.Kesengsaraan dn penderitaan akn melingkari hidup kita.Kita berasa tidak aman dan sentiasa takut.Mahukah kita hidup seperti itu?
Hargailah cinta.Sesunguhnya perasaan cinta itu anugerah Allah.Anugerah yg sungguh istimewa.Yang mana tidak seorang pun daripada kita terkecuali untuk merasakannya.

Kadangkala timbul satu persoalan.Persoalan yang sudah biasa kita dengar.Benarkah cinta itu buta?Atau pemiliknya yg buta?Buta dlm menilai erti cinta yg sebenar.Jika benar cinta itu buta,pimpinlah ia ke jalan yg benar.Siapa yg akan memimpinnya? Pemiliknya.Ke mana?Ke jalan yg diredhai-Nya.Dan bagaimana? Alirkan ia ke arah yang satu iaitu menuju Ilahi.Hiasilah ia dengan iman dan taqwa terhadap Allah.InsyaAllah,cinta itu akan sentiasa berada di atas landasan yg betul.

Cinta yg suci bersulamkan iman dan taqwa serta berteraskan syariat-Nya.Namun cinta yg ternoda menjadikan hawa nafsu sebagai sandarannya.Bolehkah jika ana katakan cinta yg bersandarkan hawa nafsu inilah cinta buta.Kerana apa?Kerana cinta hawa nafsu ini telah membutakan mata hati pemiliknya dlm menilai erti cinta yg sebenarnya.Buta dlm melihat kebenaran dan kebaikan.Cinta hawa nafsu hanya akan mendorong pemiliknya melakukan kemungkaran bukan kebaikan.Sedangkan cinta yg bersandarkan iman dan taqwa ini sentiasa mendorong pemiliknya melakukan amar makruf nahi mungkar.Cinta ini sentiasa membuatkan pemiliknya takut pada Allah.

Pilihan terletak di tangan kita sendiri.Cinta yg manakah yg akan kamu pilih?Cinta yg berlandaskan iman dan taqwa atau cinta yg dinodai hawa nafsu?Kembalilah kepada-Nya.Ingat cinta ini anugerah-Nya.Patutkah kita merosakkannya?Jika kita merosakkannya bukankah itu bermakna kita tidak menghargai anugerah daripada-Nya?Dan bukankah itu juga bermakna kita tidak mensyukuri nikmat yg dikurniakan-Nya?Mahukah kita menjadi hamba yg tidak bersyukur?

Sama-samalah kita mencuba menjadi hamba-Nya yg sentiasa bersyukur dgn nikmat pemberian-Nya.

p/s:nasihat utk diri ana skali...=)



0 ulasan: